Thursday, July 29, 2010

Haiwan kegemaran saya‏

Haiwan kegemaran saya ialah seekor hamster. Saya sukakan haiwan itu kerana ia sangat comel. Jika dipegang, bulunya terasa sangat halus. Hamster mesti diletakkan di dalam sangkar, dan perlu adakan makanan dan air.

Jika boleh, saya mahu memelihara seekor hamster, tetapi, saya harus menjaga dan membeli barang-barang keperluannya supaya ia tidak mati.

Kuiz Ria di lelaman Nadi

Saya telah mengambil bahagian dalam kuiz ria di lelaman Nadi dari Januari hingga Julai (nadi.edumall.sg). Saya dan kawan-kawan saya diberitahu oleh guru kami, Cikgu Jumilah untuk mengambil bahagian dalam kuiz ini kerana ianya menguji minda. Kami dibawa cikgu ke makmal komputer di sekolah. Kami harus mendengar cerita pendek dan aktiviti lain. Setiap bulan ceritanya berbeza.
Jika kami menang, kami diberi hadiah. Saya berasa sangat gembira kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kuiz ini kerana setiap kali saya akan berjaya menjawab segala soalan dan mendapat hadiah.

Wednesday, July 28, 2010

Maskot-maskot Pemuda Sukan Olympik

Singapura ada 2 maskot untuk Sukan Belia Olimpik tahun ini iaitu 'Lyo' dan 'Merly'. Lyo adalah "Singa Pemuda Sukan Olimpik", iaitu mempunyai semangat yang berapi-api dan penuh tenaga muda, Lyo selalu mengembara, menjelajah dan menemukan hal baru dan bermain sukan. Dia bermain sukan bola keranjang. Merly pula ialah lambang Merlion yang mencintai dan menjelajahi lautan sekitar Singapura, dan seterusnya. Dia bermain sukan renang.

Semasa saya berumur 1 tahun

Nama saya ialah Dian Umairah. Saya dilahirkan pada 12 Disember 1999. Saya anak bongsu dalam keluarga saya. Dahulu, saya suka senyum, ketawa, mengacau orang dan mempunyai sifat ingin tahu seperti bagaimana untuk menggunakan alat kawalan jauh untuk televisyen. Saya juga tidak suka anak-anak patung tetapi lebih suka pada patung seperti beruang dan sebagainya.

Sekarang, kata ibu saya, saya jarang senyum. Umur saya tahun ini ialah 11 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Zhenghua dan sekarang di darjah 5. Saya rasa kerana meningkat ke tahap remaja ini banyak masalah dan dugaan. Namun saya akan lakukan yang terbaik!

Tuesday, July 27, 2010

Hari Kebangsaan 2010


Pada hari Sabtu yang lalu, semua murid-murid darjah 5 harus pergi ke Padang untuk menonton previu Hari Kebangsaan tahun ini. Kami diberi sebuah beg dan makanan. Kami sudah ada tempat duduk yang sudah dikhaskan. Kami dapat melihat bunga api yang berwarna-warni.

Walaupun saya berasa penat, saya tetap berasa gembira. Saya berharap untuk menonton Hari Kebangsaan pada 9 Ogos nanti bersama keluarga saya.

Tuesday, July 20, 2010

Kegiatan cokurikulum saya.


Kegiatan kokurikulum saya ialah Tarian Melayu. Latihan Tarian Melayu saya diadakan setiap hari Khamis, pada pukul 4 petang hingga pukul 6 petang. Saya pernah memasuki pertandingan 'SYF' dan memenangi pingat Perak.
Tahun lepas, saya pergi ke Genting Highlands bersama rakan-rakan dan guru-guru saya. Kami ke sana untuk mengambil bahagian dalam pertandingan menari. Bermacam-macam negeri lain juga datang ke sana seperti orang-orang daripada China, Taiwan dan lain-lain. Kami berjaya memenangi pingat Perak.
Setiap kali semasa sesi latihan kami akan berlatih jenis-jenis tarian Melayu yang lain seperti tarian Asli, Masri, Inang, Zapin, Ronggeng dan Joget. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat menari bersama-sama rakan-rakan saya.

Wednesday, July 14, 2010

Seminar Motivasi yang telah saya hadiri.

Saya telah menghadiri seminar motivasi yang dianjurkan oleh guru saya semasa di Penggal 2. Seminar motivasi yang disampaikan oleh Encik Wahab, pakar motivasi itu, sangat berguna bagi membina keyakinan diri murid-murid. Ia juga merangsang murid-murid untuk mencapai yang terbaik bagi apa jua yang dilakukan seperti dalam pelajaran, bersukan dan sebagainya. Seminar itu juga membuka minda para ibu bapa yang hadir untuk memberi perangsang, sokongan dan keyakinan kepada anak-anak mereka.

Tuesday, July 13, 2010

Menonton wayang

Saya ingin berkongsi tentang tayangan gambar tiga dimensi yang pernah saya tonton. Saya telah menonton cerita 'Avatar'. Ceritanya tentang manusia menjadi seperti 'alien' atau makhluk asing. Kami memakai cermin mata hitam khas untuk menonton wayang itu. Saya berasa seolah-olah boleh memegang benda-benda yang ditayangkan di tayangan gambar itu namun itu hanya ilusi. Saya berasa gembira kerana dapat menonton wayang sekeluarga kerana kami pun jarang menonton wayang bersama.

Tuesday, July 6, 2010

Abu pembohong

Abu seorang budak yang suka bercakap bohong dan mencuri. Dia selalu tidak mengaku yang dia telah mencuri barang seseorang. Pada hari Rabu yang lalu,Cikgu Azmi sedang menjalankan kelas latihan jasmani di padang sekolah.'

"Aduh! Sakitnya perut aku!" Jerit Abu. Dia terus memberitahu Cikgu Azmi yang dia sakit perut. "baiklah, pergi duduk di bawah pokok itu." Abu pun duduk di bawah pokok itu dan membaca buku ceritanya. Apabila kelas latihan jasmani bermula, Cikgu Azmi menyuruh kawan-kawan Abu yang lain berlari-lari anak di padang dua kali. Kwan-kawan Abuberasa letih sekali. Cikgu Azmi pun menyuruh mereka berehat. Apabila mereka sedang berehat, loceng berbunyi dan tiba masanya untuk pulang.

Apabila kawan-kawan Abu telah pulang, Amir sibuk mencari dompetnya di dalam beg. Amir berasa hairan,"Mana pergi dompet aku? Mesti Abu yang mengambilnya." Amir terus menuju ke arah Abu. "Abu! Mana dompet aku?" tanya Amir. "Saya tidak mengambilnya!" jerit Abu. Tiba-tiba mereka berdua bertengkar. Amir berasa sangat marah. Dia menjerit kepada Abu, "Jangan cakap bohong! Awak yang mengambil dompet saya!"
Mereka bertengkar dengan kuatnya sehingga Cikgu Azmi mendengar dan memarahi mereka berdua. Cikgu Azmi menanya Abu dan Amir mengapa mereka bertengkar. Abu kata dia tidak ambil dompet Amir semasa kelas latihan jasmani dijalankan. Tetapi Amir menuduh Abu mengambilnya kerana dia membacab buku ceritanya di sebelah beg Amir. Cikgu Azmi tahu yang Abu sedang bercakap bohong kerana mukanya nampak takut. Akhirnya, Cikgu Azmi memeriksa kocek. Abu berasa takut. Cikgu Azmi pun memarahi Abu kerana mencuri. Abu meminta maaf kepada Amir dan Berjanji tidak akan mencuri lagi.




Tuesday, June 29, 2010

Perpisahan antara aku dan teman baikku.

Pada tahun 2008 dan 2009, aku di kelas 4H. Teman baikku ialah Siti Noor Diyana. Kami selalu bersama apabila berada di sekolah. Pada bulan terakhir 2009 cuti sekolah, murid-murid semua diberi kelas untuk tahun depan. Apabila aku terdengar Diyana bukan di kelas sama dengan saya, saya hampir menangis. Aku masuk ke kelas 5N dan dia memasuki kelas 5P. Kami pun telah berpisah. Tetapi, apabila aku terdengar yang kelas bahasa Melayu aku sama dengan Diyana, aku tidak rasa untuk menangis lagi. Kelas bahasa Melayu aku, Diyana dan kawan sedarjah aku ialah 'Arif'. Tahun ini saya sudah ada teman baik baru seperti Sabrina dan Sarah. Tetapi, saya tidak akan lupakan teman baikku dahulu Siti Noor Diyana.